A) Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Islam
dijadikan agama rasmi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaubagaimana pun,
undang-undang Islam tidak didefinisikan dalam Perkara 160 Perlembagaan
Persekutuan dan kedudukan Mahkamah Syariah diturunkan lagi kepada mahkamah
negeri sahaja.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa kuasa kehakiman
Persekutuan adalah terletak hak kepada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi
dan mahkamah bawahan. Sejak itu Mahkamah Syariah telah melalui berbagai proses
dan masih melaluinya sehingga ke hari ini. Dari hanya sebuah mahkamah yang
membicarakan kes-kes kekeluargaan orang Islam sahaja, ia kini boleh mendengar
kes-kes jenayah yang tertentu di mana bidang kuasa menghukumnya ialah penjara 3
tahun 6 sebatan atau RM 5,000.00.
Selain itu, ia telah menerima pengiktirafan
di mana keputusannya tidak lagi boleh dicabar oleh Mahkamah Sivil melalui
pindaan perlambagaan pada tahun 1988 di mana Perkara 121 (A) Perlembagaan
Persekutuan telah dimasukkan untuk melarang mahkamah tinggi campur tangan dalam
hal-hal yang mahkamah syariah bidang kuasa.
Menyentuh bidang kuasa perundangan, Mahkamah Syariah
hanya mempunyai kuasa unuk membicarakan sesorang yang melakukan sesuatu
kesalahan di dalam negeri itu sahaja. Sekiranya seseorang pesalah itu berada di
luar negeri tersebut, maka pihak mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk
menyaman dan membicarakan beliau. Bagaimanapun, di Pulau Pinang, Perak,
Kelantan, Terengganu dan Melaka suatu perjanjian kerjasama telah dibuat bagi
membolehkan seseorang pesalah itu dibicarakan di mahkamah.
Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah secara umumnya
dibahagikan kepada enam kategori;
1-Kesalahan-kesalahan matrimoni seperti menganiayai isteri dan tidak taat kepada
suami
2-
Kesalahan-kesalahan berhubung seks seperti persetubuhan haram, khalwat,
perbuatan
sumbang dan melacur.
3-Kesalahan-kesalahan berhubung dengan minuman keras seperti meminum, menjual
dan
membeli minuman tersebut.
4-Kesalahan daripada aspek keimanan seperti tidak menunaikan sembahyang
Jumaat, tidak membayar
zakat dan fitrah serta tidak berpuasa dan makan di
khalayak ramai pada bulan Ramadhan.
5-Kesalahan-kesalahan berhubung dengan pertukaran agama seperti tidak
melaporkan dan
mendaftarkan masuk atau keluar daripada agama Islam dan
kesalahan mengenai pengambilan anak angkat.
6-Pelbagai
kesalahan lain yang tidak termasuk di dalam kategori di atas.
Dalam bidang kuasa sivil Mahkamah Syariah membicarakan
dan membuat keputusan terhadap segala jenis tindakan dan prosiding yang
melibatkan penganut agama Islam berkait dengan hal-hal ;
(i) Pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan atau
perpisahan secara
undang-undang;
(ii)Sebarang pelepasan hak, tuntutan hak, harta benda yang terlibat di dalam
hal-hal yang berkaitan
dengan perkara (a) di atas;
(iii)Pemberian nafkah orang dalam tanggungan, keesahan, penjagaan atau hak
penjagaan bayi;
(iv)Pembahagian atau tuntutan, harta sepencarian;
(v)Penentuan terhadap orang-orang yang berhak mewarisiharta si mati yang
menganut agama islam
atau bahagian harta yang berhak diwarisi oleh orang-orang
berkenaan;
(vi) Wasiat atau pemberian terus dari si mati
yang menganut agama Islam;
(vii) Pemberian inter vivos, pembayaran yang telah dibuat bukan dalam bentuk
atau tanpa
mengambil kira persamaan nilai wang oleh seseorang yang menganut
agama Islam;
(viii)Wakaf
atau nazar; atau
(ix) Hal-hal
lain yang diperakukan dalam mana-mana bidang kuasa undang-undang secara
bertulis.
Ini dapat dilihat di dalam kes Myriam v Mohamed Ariff. Di
mana selepas pihak Kathi membuat perintah persetujuan menyerahkan penjagaan
anak kepada pihak bapa. Si ibu telah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi
untuk penjagaan anak menurut Ordinan Penjagaan Anak. Diputuskan di dalam kes
ini bahawa si ibu berhak membuat permohonan tersebut walaupun perintah
persetujuan telah dibuat oleh kathi dan mahkamah ada bidang kuasa untuk
mendengarnya. Keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Sivil adalah berbeza
dengan keputusan Mahkamah Syariah dan keputusan Mahkamah Tinggi adalah mengikat
dan secara tidak langsung mengenepikan keputusan Mahkamah Syariah.
B)Bidang Kuasa Mahkamah Sivil
Menurut seksyen 23(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta
91), Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan segala
prosiding sivil jika:
(a) kausa tindakannya berbangkit;
(b)defendan atau salah seorang daripada beberapa orang defendan
bermastautin
atau mempunyai tempat urusannya;
(c) fakta-fakta yang atasnya prosiding itu wujud atau dikatakan telah
berlaku; atau
(d)
mana-mana tanah yang pemunyaannya dipertikaikan terletak, dalam bidang
kuasa tempatan
mahkamah itu dan, walau apapun apa-apa jua yang terkandung dalam
seksyen ini dalam
apa-apa hal yang semua pihak bersetuju secara bertulis, dalam
bidang kuasa tempatan
Mahkamah Tinggi yang satu lagi itu.
Seksyen 24 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 menyebut bahawa
bidang kuasa Mahkamah Tinggi dalam kes-kes sivil hendaklah termasuk:
(a) bidang kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan
dengan perceraian dan kausa hal ehwal suami isteri;
(b)bidang kuasa dan kuasa yang sama
berhubung dengan perkara-perkara admiralti seperti yang
ada pada Mahkamah
Keadilan Tinggi di England di bawah Akta Mahkamah Agung 1981
bagi United
Kingdom;
(c)bidang kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan
dengan
kebangkrapan atau syarikat;
(d)bidang kuasa untuk melantik dan mengawal penjaga budak-budak danpada
amnya atas diri
dan harta budak-budak;
(e)bidang kuasa untuk melantik dan mengawal penjaga dan pengawas diri dan
estet orang-orang
dungu, orang-orang sakit otak dan orang-orang yang tak
sempuna akal; dan
(f)
bidang kuasa untuk memberi probet bagi wasiat dan testament dan surat
kuasa mentadbir
bagi harta pusaka orang mati yang meninggalkan harta di dalam
bidang kuas wilayah Mahkamah
itu dan untuk menukar atau membatalkan pemberian
tersebut.
Bidang kuasa Jenayah
Bidang
kuasa jenayah Mahkamah Tinggi terdapat dalam seksyen 22 Akta Mahkamah Kehakiman
1964.
Menurut seksyen 22, subseksyen (1),
Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan:
{a} semua kesalahan yang
dilakukan -
(i)dalam bidang kuasa
tempatannya;
(ii)di laut
lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara yang
didaftarkan
di Malaysia;
(iii)oleh
mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di laut lepas, di atas
mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara;
(iv)oleh mana-mana orang di laut lepas jika
kesalahan itu ialah kesalahan pelanunan mengikut
undang-undang antarabangsa;
dan
{b}Kesalahan-kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan, dan di bawah
mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan di dalam Jadual kepada Akta
Kesalahan-Kesalahan di Luar Negeri 1976, atau kesalahan-kesalahan di bawah
mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang mana perlakuannya diperakui
oleh Peguam Negara sebagai menjejaskan keselamatan Malaysia dan kesalahan itu yang
dilakukan, mengikut mana-mana yang berkenaan:
(i)di laut
lepas, di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara yang
didaftarkan
di Malaysia;
(ii)oleh
mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di laut lepas, di atas
mana-mana
kapal atau di atas mana-mana pesawat udara; atau
(iii)oleh
mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di mana-mana tempat di
luar
sempadan Malaysia.
No comments:
Post a Comment