Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat
juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengajian Malaysia ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini,
kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang
amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman
yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang
sekali sahaja dalam hidup kami.
Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat
dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “Mahkamah
Syariah VERSUS Mahkamah Sivil”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan
tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Encik
Mohd Noor Zaidi bin Mohd Zawawi kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk
ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu
kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan
kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan
dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana
tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment