Friday, 12 September 2014

Mahkamah Sivil



Mahkamah sivil boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Mahkamah Tinggi 
           (Superior Court) dan Mahkamah Rendah (Subordinate Court).

                   1) Mahkamah Tinggi terdiri daripada:

  •  Mahkamah Persekutuan,
  • Mahkamah Rayuan
  • Mahkamah Tinggi.

           2) Mahkamah Rendah terdiri daripada:

  •  Mahkamah sesyen
  • Mahkamah majistret.
 
               MAHKAMAH PERSEKUTUAN
               Mahkamah Persekutuan terdiri daripada presiden iaitu:

  • Ketua Hakim Negara,
  • Presiden Mahkamah Rayuan
  • 2 ketua Hakim (Mahkamah Tinggi Malaya dan Sabah dan Sarawak)
  • 4 orang Mahkamah Persekutuan.
  • Ketua Hakim Negara ialah ketua badan kehakiman Malaysia. Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan mendapat nasihat PM selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
                          
               Bidangkuasa Eksklusif:-
               Soalan parlimen atau dewan undangan negeri di mana kedua dua badan ini tidak punya kuasa untuk
               menggubal undang-undang dan juga kes pertikaian di antara negeri dan pusat.
           
              Rayuan Jenayah-
               Mendengar rayuan sama yang bidang kuasanya sama seperti mahkamah tinggi.

              Rayuan Sivil-
                Amaun dituntut sama atau lebih RM250,000.00.
                Rujukan bagi isu perlembagaan.Semua keputusan mahkamah persekutuan
                mestilah diikuti oleh   mahkamah yang lebih rendah. Doktrin Stare Decicis or Binding Precedent.


MAHKAMAH RAYUAN
            Sebagai “intermediary” di antara mahkamah tinggi dan mahkamah persekutuan. Kini, ada 10 hakim
             mahkamah rayuan termasuk Presiden. Bidangkuasa- s 50 dan 68 COJA 1948:

  •  Mendengar rayuan kes jenayah yang diputuskan oleh mahkamah tinggi.
  • Mendengar rayuan kes sivil amaun
  • Dituntut melebihi RM250,000.00.
MAHKAMAH TINGGI 
Kini ada 48 hakim termasuk Judicial Commissioners bagi Mahkamah Tinggi Malaya dan 7 hakim bagi Mahkamah Tinggi di Sabah and Sarawak. 

 Bidangkuasa Sivil-s 23 COJA 1964:-
  • Penceraian, Kekeluargaan,, Kebankrapan, Hak Jagaan Anak danWasiat.
   
            Bidangkuasa Jenayah-s 22 COJA 1964:-
  
  • Apa Sahaja kesalahan jenayah yang diperuntukkan Undang-undang Seperti Hukuman Mati Bagi Kes Pengedaran Dadah Section 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MAHKAMAH SESYEN
            Kesemua ada 60 Mahkamah Sesyen di mana 52 di Semenanjung dan 4 lagi di Sabah & Sarawak.

           Bidangkuasa sivil- s 65 SCA 1948:
  • Tiada had dlm kes kemalangan kenderaan, hal ehwal pemilik tanah dan penyewaan.
  • Kes lain ialah amaun dituntut tidak melebihi RM250,000.00. 

Bidangkuasa jenayah:-S 63-64 SCA 1948:
  • Semua kesalahan jenayah kecuali yang boleh membawa hukuman mati.
           MAHKAMAH MAJISTRET
           18 mahkamah magistret di semenanjung,7 di Sabah, 1 di Labuan dan 12 di Sarawak.

           Bidangkuasa Sivil- s 90 SCA 1948: 

  •  Amaun di dalam kes yang dituntut tidak melebihi RM250,000.00

           Bidangkuasa Jenayah- s 85 SCA 1948:
  •         Membicarakan semua kes hukumannya tidak melebihi penjara 10 tahun atau denda sahaja.
  



No comments:

Post a Comment